ORB


Apa itu orb..?
Menurut para peneliti paranormal, orb adalah sebagai roh manusia atau “suatu bentuk tenaga/energo” yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Adalah dipercayai bahawa orb-orb lebih suka menetap di dunia ini kerana ikatannya lebih kuat kepada tempat-tempat yang disukainya semasa hidup.

Ada juga yang berpendapat bahawa selain daripada jin, manusia, hewan dan tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan, orb adalah sejenis makhluk mikroorganisma yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar.


Ada segolongan ilmuwan pula berpendapat bahawa orb tidak berkaitan langsung dengan unsur-unsur roh. Tapi orb adalah sejenis tenaga yang berkaitan dengan “Hukum Termodinamik Pertama” (tenaga tidak boleh dimusnahkan) .

Saya berpendapat bahawa Orb itu bukanlah terdiri daripada roh orang yang mati…kerana roh orang yang mati tidak akan kembali hidup di dunia ini…kerana kita sebagai manusia akan terus hidup berpindah daripada satu alam kepada alam yang lain…yang pernah dikatakan orang pernah jumpa orang yang sudah mati…saya berpendapat yang dijumpainya itu adalah sebangsa jin yang menyerupai orang yang sudah mati.

Jurufoto professional bermati-matian mengatakan orb adalah merupakan salah satu kesan kesalahan optik atau refleksi cahaya terhadap lensa yang biasanya dihadapi oleh kamera-kamera digital. (http://pyrrho.s5.com/orbs.html).

"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada dari kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain" (Surah AL-Jinn:11






Orb merupakan penjelmaan makhluk halus paling mudah sekali ditemukan, walaupun kita tetap tidak bisa melihat mereka dengan mata kasar…Orb ini hanya bisa dilihat dengan rekaman kamera atau video digital…penjelmaan makhluk halus secara yang kita bisa lihat secara mata kasar, memerlukan satu bentuk tenaga yang tinggi…kerana secara teorinya makhluk ini berada dalam frekuensi yang rendah sedangkan kita yang hidup dalam dunia yang nyata dan serba kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar ini.

Orb dianggap suatu keganjilan yang biasa dialami oleh jurukamera sewaktu merekamkan atau memotret. Persamaan diantara kesemua orb yang telah berrhasil direkam adalah berbentuk bulat, bercahaya, hampir lutsinar dan sentiasa terapung di udara. Pada kebiasaannya, sebuah orb akan mempunyai bagian tengah dan terdapat satu bintik ditengahnya yang disebut “nucleus”.





Imej cahaya yang terbentuk dari orb juga berbeda antara satu sama lain. Sebagian dari orb-orb ini mampu memgeluarkan cahaya yang sangat terang manakala ada juga yang pudar dan sukar dilihat.

Pergerakan orb juga pada kebiasannya adalah pantas dan amat jarang berada dalam keadaan statik. Rakaman orb dari perakam kamera digital boleh dianggap sebagai yang terbaik sekiranya imej tersebut mengandungi “ekor kecil” kesan dari pergerakkan cepat dan tidak disangka arah tujuannya. 




Orb biasanya hadir di tempat gelap seperti pemakaman, pekarangan atau sebangsanya,  tempat terutama yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau tempat-tempat tragis. Perubahan suhu dan cuaca amat jarang memberi kesan terhadap orb-orb menyebabkan ia adalah sejenis hantu yang paling mudah ditemui sekaligus menjadikan ia amat populer di kalangan peneliti paranormal. 

Sumber : 
www.Tinjau.com

Sumber Foto :
Bookmark and Share

0 comments:

Posting Komentar